Saturday, August 7, 2010

Di manakah kamu ketika itu..

satu masa..25 tahun yang lalu...anak-anak kecil di FELDA seperti aku seawal 5 pagi telah bersiap sedia ke sekolah..meredah kabus pagi,meredah tanah merah sudah menjadi kebiasaan..dengan jarak sekolah yang ketika itu jauh dari penempatan kami..perit perjalanan sebuah kehidupan kami ketika itu..

masih aku ingat..satu pagi ketika hendak ke sekolah..hujan lebat bertalu-talu tak henti mencurah..aku menyuara kan hasrat pada abah aku yang aku tetap hendak ke sekolah juga..kasut ku yang lusuh di masukkan ke dalam beg..abah sediakan plastik buat menutup tubuhku supaya baju tidak basah..sedangkan abah sendiri basah lenjun..betapa jiwa dan nurani seorang ayah ingin membesarkan anaknya..

kini..setelah 25 tahun berlalu...aku lihat adik ku yang bongsu ke sekolah menaiki motor sendiri..lagaknya seperti orang yang sudah bekerja..sungguh jauh beza dizaman aku dahulu..hati ini tersentak..terfikir apakah nasib dirinya akan datang..tersentak mengenangkan apakah nasib-nasib anak bangsaku..

tapi ape jadi dengan anak bangsaku sekarang??

sedih..anak-anak bangsuku kini sedang bergelut dengan tekanan dari dalam diri dan hasrat dari pemerintah yang zalim pada bangsanya sendiri..bahasa ibundanya di pinggirkan setelah berpuluh-puluh tahun di agung dan di letak di kedudukan yang amat mulia..bahasa warisan nenek moyang..bahasa yang menjadikan kita bangsa yang penuh adab dan sopan santun..

kini..bahasa penjajah..bahasa asing di martabatkan kedudukannya di sekolah-sekolah..kenapa bahasa ni yang kau agong-agongkan wahai si pemerintah?pemerintah yang sebangsa denganku..siapa jadi mangsa??tak lain tak bukan..anak2 bangsa aku sendiri yang berada didesa dan di kampung2.terkial-kial mereka belajar menggunakan bahasa penjajah itu...keharmonian sebuah keluarga di desa di goncang oleh pemerintah..anak2 desa hilang arah..hilang petunjuk..terencat pembelajarannya..mereka jadi bahan uji kaji si pemerintah yang pelupa..

memang mudah si pemerintah membuat dasar tanpa mengkaji baik buruknya dengan teliti..bayangkan..abah ku yang hanya bersekolah rendah sahaja..menyebut perkataan di dalam bahasa inggeris pun susah..inikan pula mau mengajar anaknya pelajaran sains dan matematik dalam bahasa english yang banyak membawa sial dalam negara kita ini..bersusah payah si ayah menghantar anak ke kelas tambahan yang semestinya di kenakan bayaran..betambah kos kehidupan manusia-manusia di desa dan di kampung-kampung..sudah la dengan pendapatan yang tak seberapa..tapi demi masa depan anak-anaknya..tenaga terpaksa di kerah untuk mencari rezeki bagi menambah kos kehidupan..

cukup la dahulu kita dijajah mereka..mengapa sekarang bahasa penjajah ini yang di angkat martabatnya??apakah kamu malu untuk menggunakan bahasa ibunda kamu sendiri wahai si pemerintah?

nasib anak-anak desa tidak seperti anak-anak kamu yang berada di bandar..anak-anak kamu sudah hilang nilai-nilai bangsanya sendiri..anak-anak kamu memang sudah di sebatikan diri mereka dengan budaya dan bahasa penjajah ini..wang ringgit bukan masalah bagi kamu..tapi ape akan jadi pada anak-anak desa ini..kamu bukan menghancurkan bangsa ibunda kamu sendiri..tapi tanpa kamu sedari kamu juga telah menghancurkan masa depan mereka..

dengar lah wahai si pemerintah..setiap hari kamu laungkan ketuanan melayu..bangsa melayu..tahu atau sedarkah apa yang kamu laungkan itu??tatkala kamu laungkan itu..jangan lah kamu lupa akan diri kamu itu sendiri..jangan kamu lupa suatu hari nanti..andai anak-anak desa ini hidop merempat di bumi sendiri..

mereka akan bertanya kepada kamu..di manakah kamu ketika itu si pemerintah yang di pertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat bangsu mu sendiri..

3 comments:

Anonymous said...

kita tidak boleh bersaing dengan dunia luar jika kita tiada kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Kita tidak boleh terfikir ekonomi dalam negara sahaja, ada masih banyak bidang kita ketinggalan, teknologi perkomputeran, kejuruteraan, kedoktoran malahan latihan militari ketenteraan telah kita pinjam teknologinya daripada bangsa-bangsa lain.

Makanya bahasa Inggerislah menjadi bahasa pengantara. Kita masih tetap di takuk lama. Kita belum mampu menghasilkan teknologi sendiri. Masih jauh perjalanan kita. Wawasan 2020 hanya cuma 10 daripada sekarang, adakah kita mampu melaksanakan nya?

Bahasa ibunda masih tetap di hati dan sebati dengan hidup kita. Bukan sahaja bangsa Melayu, malah bangsa-bangsa lain di Malaysia seperti Cina, India turut menguasai bahasa Malaysia.

Anonymous said...

memang betul..memang kita dari dulu lagi tidak mampu bersaing dengan bangsa lain di malaysia..apatah lagi dengan dunia luar?? salah cara mu wahai pemerintah..kenapa kamu tidak memberi pendedahan dan pengajaran yang sepenuhnya pada subjek english?

kenapa perlu matematik dan sains di ajar dalam bahasa english?ada banyak cara lain untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa english..

ada ape dengan wawasan 2020 kamu itu..2020 hanya angka yang makin membuatkan warga negara hidop tertekan dengan komodenan..manusia berlumba-lumba mahu menjadi kaya -raya..

adakah kamu wahai si pengomen berbangga dengan ekonomi anak bangsa mu?

pulih kan ekonomi anak bangsa mu dahulu sebelum kamu jaga ekonomi luar..

boleh membangun kah ekonomi jika generasi baru dikampung-kampung telingkop dalam UPSR nya??

mereka tak lain tak bukan akan mewarisi kerja-kerja berat yang pendapatan tak seberapa untuk mengayakan tokeh-tokeh yang diatas..

kamu fikir la wahai si pengomen yang budiman..jika asal mu dari kampung-kampung seperti ku..kamu pasti sedih melihat adik-adik mu terkial-kial dalam pelajarannya..

jangan kamu bandingkan anak-anak atau adik-adik mu di bandar-bandar..

cube kamu turun ke bawah..melihat keadaan yang sebenarnya..

sehebat hebat cendiakawan malaysia hari ini..dahulunya mereka masih mengguna bahasa ibunda ini dan terus berjaya..

jika kamu si pengomen yang tiada kampung..ayoh..hubungi aku..biar aku tunjuk kan nasib2 generasi yang bakal melalui wawasan 2020 ciptaan kamu itu..

hubungi aku...

Anonymous said...

kerana itulah kita menjadi manusia sehingga hari ini..kerana tidak dimanjakan dengan wang ringgit..lihatlah dunia sekarang,, hanya dipenuhi dengan kemewahan wang...kasih sayang jauh sekali.. kerap berlaku pergaduhan diantara adik beradik..

Anak Felda tatkala ini sudah mewah...alpa dengan kesusahan ibubapa yang bekerja keras..yang mereka tahu...mereka dapat ape yang mereka impikan.