Sunday, July 4, 2010

Tun Teja Ratna Benggala

semalam..aku di bumi ini..di bumi TUN TEJA..bertandang kerumah sahabat dan rakan karib ku semenjak 10 tahun dahulu..bertandang untuk mengeratkan lagi ikatan setia kawan yang sememamg menjadi asas kehidupan aku..mencari kawan tidak sukar seperti mencari sahabat..sahabat bagai anugerah dalam kehidupan aku..berkongsi suka dan duka..bertukar-tukar pengalaman hidup menjadi kekuatan untuk meneruskan kehidupan..

terbentang indah sawah padi di pesisir kampung merlimau melaka..kekuningan padi menandakan tidak lama lagi ramai orang-orang kampung akan menikmati hasil titik peluh mereka selama ini..berperang dengan kemarau dan makhluk perosak nampaknya menghasilkan kejayaan..

jika di serawak..di perkarangan kampung iban..waktu ini dinanti-nantikan oleh penghuni bagi menyambut gawai..berpesta meminum tuak hingga ke pagi..bersuka ria setelah penat sepanjang tahun..

di tgh sawah bendang di bumi TEJA ini..terkubur sebatang jasad.jasad seorang anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang..dengan paras rupa yang amat menawan.para rupa indah yang di anugerahkan membuatkan mata-mata jantan melihatnya dengan penuh berahi..membuatkan si jantan-jantan memasang angan-angan untuk memilikinya..TUN TEJA namanya..

tapi apalah guna keindahan dan kecantikannya hingga manusia lupa menghargai dan menghormati hati dan perasaannya..manusia yang rakus akan kecantikannya yang di gelar jantan..walaupun tunangan orang..namun masih ada yang mencari macam-macam cara untuk memilikinya..

hang tuah yang sepatutnya di jatuhi hukaman mati setelah di fitnah rakyat melaka telah dinasihatkan tun bendahara di raja untuk membawa diri ke pahang..pahang di mana TEJA berasal..di beri ubat guna-guna lalu di bawa ke melaka untuk di persembah pada paduka raja..

berpalu-palu gendang di iringi pasukan bergajah menyambut akan kepulangan si tuah membawa TEJA ke bumi melaka..TEJA yang tertipu dengan jampi yang entah benar atau tidak kesahihannya..ditipu kerana paras rupanya yang cantik..

namun apa kan daya..jiwa ini hanya seorang wanita..wanita yang tak diminta lahir dengan paras rupa yang begitu..menjadi rebutan..hidup bagai terjerat..rintihan hati dan naluri wanita tak pernah di endahkan sesiapa..

kecantikan dan paras rupa yang amat menawan itu akhirnya terkubur kaku disini..tersisih dari ibu bapanya..dari semua saudara dan sahabt-sahabat..tersisih disebabkan nafsu dan berahi jantan-jantan..


apa lah erti kehidupan jika tiada kebebasan..kebebasan amat cemburu sekali padamu TEJA..bukan pintamu mu untuk dilahirkan begitu..namun aku percaya..di satu alam lain..kerana paras rupamu itu..kau di ditempatkan di sebaik-baik tempat..

ku tinggalkan makam mu TEJA...ku tinggalkan wajahmu yang tidak dapat kubayangkan keindahannya..bersemadi la dengan aman..al-fatihah ku sedekah kan untuk mu..aku harus pulang ke kota..disana..di bandar metropolitan..ada TEJA yang ku nanti..TEJA yang sedang membuat sangkar-sangkar emas untuk hatiku..TEJA yang sanggup menggenggam ketulan api untuk di humban ke laut mati..


papan tanda ke lebuhraya tertulis di hadapan..bumi TEJA semakin jauh..pencarian kedamaian sebuah kehidupan baru ku temui titiknya..titik yang akan merubahkan kehidupan..

1 comment:

Anonymous said...

thanx la bro...klu hg x cite aku pn x tau da...nama je dok melimau...kih3...bleh lar...jadi penulis ckit2...jgn lupe...aku pn da ade blog bro...kapladungga32...