Saturday, August 7, 2010
Di manakah kamu ketika itu..
masih aku ingat..satu pagi ketika hendak ke sekolah..hujan lebat bertalu-talu tak henti mencurah..aku menyuara kan hasrat pada abah aku yang aku tetap hendak ke sekolah juga..kasut ku yang lusuh di masukkan ke dalam beg..abah sediakan plastik buat menutup tubuhku supaya baju tidak basah..sedangkan abah sendiri basah lenjun..betapa jiwa dan nurani seorang ayah ingin membesarkan anaknya..
kini..setelah 25 tahun berlalu...aku lihat adik ku yang bongsu ke sekolah menaiki motor sendiri..lagaknya seperti orang yang sudah bekerja..sungguh jauh beza dizaman aku dahulu..hati ini tersentak..terfikir apakah nasib dirinya akan datang..tersentak mengenangkan apakah nasib-nasib anak bangsaku..
tapi ape jadi dengan anak bangsaku sekarang??
sedih..anak-anak bangsuku kini sedang bergelut dengan tekanan dari dalam diri dan hasrat dari pemerintah yang zalim pada bangsanya sendiri..bahasa ibundanya di pinggirkan setelah berpuluh-puluh tahun di agung dan di letak di kedudukan yang amat mulia..bahasa warisan nenek moyang..bahasa yang menjadikan kita bangsa yang penuh adab dan sopan santun..
kini..bahasa penjajah..bahasa asing di martabatkan kedudukannya di sekolah-sekolah..kenapa bahasa ni yang kau agong-agongkan wahai si pemerintah?pemerintah yang sebangsa denganku..siapa jadi mangsa??tak lain tak bukan..anak2 bangsa aku sendiri yang berada didesa dan di kampung2.terkial-kial mereka belajar menggunakan bahasa penjajah itu...keharmonian sebuah keluarga di desa di goncang oleh pemerintah..anak2 desa hilang arah..hilang petunjuk..terencat pembelajarannya..mereka jadi bahan uji kaji si pemerintah yang pelupa..
memang mudah si pemerintah membuat dasar tanpa mengkaji baik buruknya dengan teliti..bayangkan..abah ku yang hanya bersekolah rendah sahaja..menyebut perkataan di dalam bahasa inggeris pun susah..inikan pula mau mengajar anaknya pelajaran sains dan matematik dalam bahasa english yang banyak membawa sial dalam negara kita ini..bersusah payah si ayah menghantar anak ke kelas tambahan yang semestinya di kenakan bayaran..betambah kos kehidupan manusia-manusia di desa dan di kampung-kampung..sudah la dengan pendapatan yang tak seberapa..tapi demi masa depan anak-anaknya..tenaga terpaksa di kerah untuk mencari rezeki bagi menambah kos kehidupan..
cukup la dahulu kita dijajah mereka..mengapa sekarang bahasa penjajah ini yang di angkat martabatnya??apakah kamu malu untuk menggunakan bahasa ibunda kamu sendiri wahai si pemerintah?
nasib anak-anak desa tidak seperti anak-anak kamu yang berada di bandar..anak-anak kamu sudah hilang nilai-nilai bangsanya sendiri..anak-anak kamu memang sudah di sebatikan diri mereka dengan budaya dan bahasa penjajah ini..wang ringgit bukan masalah bagi kamu..tapi ape akan jadi pada anak-anak desa ini..kamu bukan menghancurkan bangsa ibunda kamu sendiri..tapi tanpa kamu sedari kamu juga telah menghancurkan masa depan mereka..
dengar lah wahai si pemerintah..setiap hari kamu laungkan ketuanan melayu..bangsa melayu..tahu atau sedarkah apa yang kamu laungkan itu??tatkala kamu laungkan itu..jangan lah kamu lupa akan diri kamu itu sendiri..jangan kamu lupa suatu hari nanti..andai anak-anak desa ini hidop merempat di bumi sendiri..
mereka akan bertanya kepada kamu..di manakah kamu ketika itu si pemerintah yang di pertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat bangsu mu sendiri..
Sunday, July 4, 2010
Tun Teja Ratna Benggala
terbentang indah sawah padi di pesisir kampung merlimau melaka..kekuningan padi menandakan tidak lama lagi ramai orang-orang kampung akan menikmati hasil titik peluh mereka selama ini..berperang dengan kemarau dan makhluk perosak nampaknya menghasilkan kejayaan..
jika di serawak..di perkarangan kampung iban..waktu ini dinanti-nantikan oleh penghuni bagi menyambut gawai..berpesta meminum tuak hingga ke pagi..bersuka ria setelah penat sepanjang tahun..
di tgh sawah bendang di bumi TEJA ini..terkubur sebatang jasad.jasad seorang anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang..dengan paras rupa yang amat menawan.para rupa indah yang di anugerahkan membuatkan mata-mata jantan melihatnya dengan penuh berahi..membuatkan si jantan-jantan memasang angan-angan untuk memilikinya..TUN TEJA namanya..
tapi apalah guna keindahan dan kecantikannya hingga manusia lupa menghargai dan menghormati hati dan perasaannya..manusia yang rakus akan kecantikannya yang di gelar jantan..walaupun tunangan orang..namun masih ada yang mencari macam-macam cara untuk memilikinya..
hang tuah yang sepatutnya di jatuhi hukaman mati setelah di fitnah rakyat melaka telah dinasihatkan tun bendahara di raja untuk membawa diri ke pahang..pahang di mana TEJA berasal..di beri ubat guna-guna lalu di bawa ke melaka untuk di persembah pada paduka raja..
berpalu-palu gendang di iringi pasukan bergajah menyambut akan kepulangan si tuah membawa TEJA ke bumi melaka..TEJA yang tertipu dengan jampi yang entah benar atau tidak kesahihannya..ditipu kerana paras rupanya yang cantik..
namun apa kan daya..jiwa ini hanya seorang wanita..wanita yang tak diminta lahir dengan paras rupa yang begitu..menjadi rebutan..hidup bagai terjerat..rintihan hati dan naluri wanita tak pernah di endahkan sesiapa..
kecantikan dan paras rupa yang amat menawan itu akhirnya terkubur kaku disini..tersisih dari ibu bapanya..dari semua saudara dan sahabt-sahabat..tersisih disebabkan nafsu dan berahi jantan-jantan..
apa lah erti kehidupan jika tiada kebebasan..kebebasan amat cemburu sekali padamu TEJA..bukan pintamu mu untuk dilahirkan begitu..namun aku percaya..di satu alam lain..kerana paras rupamu itu..kau di ditempatkan di sebaik-baik tempat..
ku tinggalkan makam mu TEJA...ku tinggalkan wajahmu yang tidak dapat kubayangkan keindahannya..bersemadi la dengan aman..al-fatihah ku sedekah kan untuk mu..aku harus pulang ke kota..disana..di bandar metropolitan..ada TEJA yang ku nanti..TEJA yang sedang membuat sangkar-sangkar emas untuk hatiku..TEJA yang sanggup menggenggam ketulan api untuk di humban ke laut mati..
papan tanda ke lebuhraya tertulis di hadapan..bumi TEJA semakin jauh..pencarian kedamaian sebuah kehidupan baru ku temui titiknya..titik yang akan merubahkan kehidupan..
Thursday, April 15, 2010
melayu itu...
Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.
Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu
Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.
Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.
Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam
Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.
Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.
Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.
Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.
Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.
Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.
Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah .
Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.
Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang
Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di
Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.
Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.
Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri
Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi.
p/s:cetusan idea dari sahabat dan saudara seprjuanganku,,,saudara TT
Tuesday, April 13, 2010
semalam...tetap indah..
jauh juga aku kena menapak ni..dengan semangat juang seorang perwira bangsa..aku gagahi..sedar tak sedar sungai yang tadi sayup dari pandangan mata terhampar luas di depan mata..sedih yang menghentak jiwa aku menghilangkan seketika penat aku berjalan melihat tadi melihat sungai yang dicemari sampah oleh makhluk berkaki dua yang lengkap dengan akal dan fikiran..mungkin penghuni penghuni didalamnya terasa sakit,kecewa kerana akal dan fikiran tidak selari dengan jasad yang di cipta..
sampai aku di tempat yang dituju..kelihatan pondok-pondok usang berbumbungkan nipah,bertiang tinggi,belrlantaikan buloh seolah-olah tidak mampu menampung penghuninya berterabur disana sini..anak-anak kecil berlari-lari riang di laman pondok..terhenti keriangan mereka ketika melihat aku yang mungkin asing dan mungkin tetamu yang tak diundang bertandang..
asing kah aku ini dimata mereka??sehinggakan anak-anak kecil ini membontoti setiap langkah aku..jasad,akal fikiran seakan kelihatan sama..namun aku percaya..kapitalis-kapitalis yang mendakwa diri mereka moden lah yang menjauh jurang perbezaan antara aku dan mereka..persetan kapitalis..
senyum terpancar di wajah seorang lelaki yang sebaya umur dengan abahku bersidai di beranda salah sebuah pondok usang tersebut melegakan perasaan cuak aku...senyumannya cukup manis dan cukup ikhlas..namun senyuman itu sedikit tercalar bila melihatkan susunan gigi yang tidak mencukupi..hahahahhah..terus aku mendapatkannya dan kuhulurkan tangan dan secara serentak muka aku juga menuruti lalu sekandang ciuman aku hinggap ke tangannya..
berbual la aku dengan penuh mesra sambil dikerumuni anak-anak kecil di gigi tangga..otak dan minda aku harus di gunakan 100% kerana loghat melayu yang dituturkan agak janggal dan asing bagi aku..aku berbual panjang seolah-olah kami sudah kenal lama..lalu aku meminta izin untuk bermalam di pondoknya untuk semalaman tanpa rasa bersalah..."malu aku ni kalau pakcik ni tak bagi aku menumpang di pondoknya..nak jalan balik ke hotel amat jauh..harap-harap la dia bagi"...
yes..aku dibenarkan menumpang di pondoknya untuk semalaman..begitu murni dan bersih hati dan jiwa pakcik ini jika di bandingkan dengan pakcik-pakcik yang menetap di sekitar bukit-bukit dan kondominium mewah di ibukota..ini la dunia ciptaan dan kehendak para kapitalis..mengejar kemewahan tanpa mengenal masa,kawan atau musuh..anak-anak yang sedang membesar dan sepatutnya diberi kasih sayang diberi kemewahan membabi buta sehingga rosak kehidupannya..
tertanya-tanya?dimana aku ni?hahahahaah..aku di sebuah kampung orang asal di sekitar ULU TEMBELING TAMAN NEGARA..melarikan diri seketika dari kota yang semak,sesak..menceduk sebanyak mungkin semangat dan udara segar disini..
bayang-bayang bergoyang-goyang bila cahaya dari lampu minyak tanah yang menerangi kami menjamu selera ditiup angin..sedikit nasi dan berlaukkan ikan sungai goreng garing cukup buat menaik kan nafsuku..biarkan roboh pondok usang itu sekali pun..namun meninggalkannya tidak sama sekali..nasib baik makcik ni pandai goreng ikan sungai..kalu dia tak goreng garing alamat tercekik tulang la aku..kena pulak ikan lampam dan sebarau,uiii mak aii..tulang dia bersepah-sepah dalam daging..tak percaya tanya mak korang..hahahhha..
masa begitu cepat berlalu..malam sudah menghampiri pagi..lalu aku sumbatkan batang tubuhku kedalam "SLEEPING BEG" buat menahan dingin malam..sedar tak sedar lama juga aku berbual dengan si pakcik makcik ni tadii..patut la air liur aku macam kekeringan..macam-macam minyak aku jual pada mereka..hahahahha..bertukar kisah kehidupan,kesedihan,kegembiraan..mata ku tutup rapat namun hati dan fikiran aku terbuka luas melayang memikirkan kisah-kisah kehidupan..melayang-layang tinggi hingga lenyap di makan si tidur yang iri hati..
awal subuh..mengerahkan semangat yang ada untuk sujud kepadanya..menadah tangan..memuji dan memanjang kesyukuran diberi nikmat kehidupan ini lagi olehnya..melihat diriku begitu kerdil dalam kehidupan ini..seperti dijangka..cecair jernih keinsafan mengalir di kelopak mata.. aku biarkan mengalir sederas mana yang boleh tanpa disekat-sekat..
fajar sudah mula memberanikan diri muncul di celah-celah banjaran titiwangsa..menyimbah cahaya ke pelusuk kampong..akhirnya..saat-saat yang aku paling benci akhirnya sampai jua..pakcik dan kampong ini harus ku tinggalkan..lambaian tangan aku disambut senyum mereka..senyuman yang sama ketika kaki aku mula-mula berpijak di tanah kampong ini..yang pasti..barisan gigi pakcik yang berkurangan itu tetap tidak berubah..hahahhaha..suatu hari nanti aku akan kesini lagi melihat dan menyaksikan kehebatan insan-insan yang tidak beharta mengharungi kehidupan yang indah dan damai..
aku tinggalkan daerah tembeling ini..semalam hanya tingal kenangan..kenangan bertugu didalam jiwa seketika.. kenangan akan hilang bila yang maha e-sa menjemput pulang..doa ku panjangkan moga kampong ini dikekalkan kedamaiannya..jangan digangu-gugat penghuninya..biar kan mereka mengecapi anugerah yang tak terhingga ini selamanya..
kereta ku pandu laju menuju pulang ke kota moetropolitan..penipuan dan penindasan tak jemu-jemu menanti aku disana..sandiwara bermaharaja lela..
aku akan terus mencari...mecari kedamaian sebuah kehidupan yang masih belum aku temui titik permulaannya..
Friday, February 5, 2010
bandar maharani..
mereka ini seperti diperalatkan oleh manusia tinggi lampai berhidung mancung,bekulit cerah bernama SMITH untuk menjaga kepentingan mereka dan mencuri harta dan hasil negara sebanyak mungkin.nyawa-nyawa mereka jadi taruhan antara negara dan penjajah.
sewaktu aku menjejakkan kaki ke bandar maharani ini..terdampar indah sungai yang mengalir sayu dan lesu seperti hati dan perasaan leman ketika melihat mamat rebah..kereta yang aku pandu menyusur laju menuju arah yang aku tujui..
BAKRI..nama tmpat yang ku cari-cari terpampang besau papan tanda di depan mata..disan seperti yang dijanji.bertemu la dengan YAP..tokeh nursery..gaya nye lemah lembut..sopan santun nye tinggi berbanding manusia-manusia yang suka tinggal di bukit-bukit mewah sekitar ibu kota..
berlegar-legar aku dan YAP di dalam kebun pokok-pokok hiasan dan dipinggir kebun getah usang..fikiran melayang seketika teringatkan kembali leman dan sahabat-sahabat..bergelap di dalam kebun getah mengumpan nyamuk dan pacat..macamana la keaadaan mereka waktu itu..mungkin dengan ketabahan dan semangat bergelora untuk negara sahaja yang dapat menepis keperitan waktu itu..
arrrgghhh..penat aku berjalan di ladang..aku menyuarakan hasrat untuk pulang pada YAP setelah ape yang di cari sudah kutemui..sewaktu perjalan keluar dari ladang..aku ternampak sebuah kilang memproses getah,mata aku di tarik-tarik untuk melihat..adoh...sedih..sayu..
terlihat la seorang anak tionghua cacat fizikal..mengeliatkan tubuh,mencangkong membelek-belek getah tang telah dikepingkan..tulangnye seakan-akan tidak besendi..timbul rasa insaf dalam diri..lalau ku berhentikan kereta dan terus mendapatkannya..
bersalaman la aku tanpa segan silu dengannya..pertuturannya sukar utk di fahami.yang pasti dia berkerja disitu mencari rezeki buat menampung tubuh yang keras dan kekejangan itu..lalu aku hulurkan sekeping kertas yang dicetak berkilat kepadanya..cepat-cepat aku beredar kerana tidak sanggup melihat dengan lebih lama..
kereta terus ku pecut menuju pulang ke kota..bandar maharani kutinggalkan dalam misteri yang penuh misteri seperti sejarah yang tak dapat di pastikan..yang tahu hanya leman dan rakan-rakan seperjuangan..
kedamaian sebuah kehidupan yang masih belum kutemui titik permulaannya..
Friday, January 29, 2010
biarlah..
apa yang aku cari ni??mengapa perlu di cari?bertahun-tahun mencari tanpa arah yang pasti..dari segenap lapisan masyarakat aku menyelami..pelbagai jenis sahabat handai yang aku sahabati..namun tak berjumpa juga jawapan..
melihat yang ketawa..menangis..berduka lara..sedih..sudah biasa bagi aku..mengenal erti sebuah kehidupan tidak la se perit dan pedih seperti belajar di pusat pengajian..sangat mudah belajar dari jalanan..ilmu dari jalanan lebih berguna dan boleh dibawa menempuhi kehidupan mendatang dari segulung ijazah..
aku akan terus menjejaki arus jalanan ini mencari sesuatu yang selama ini aku cari..akan ku pastikan langkah aku segagah perwira di medan perang untuk terus mencari erti kedamaian sebuah kehidupan..
