Friday, May 4, 2012

JANJI KAMI

Seperti yang dijanjikan ibu segala demo berjaya dijalankan. Seperti yang telah dijanjikan 250,000 warga telah turun ke jalan raya. Seperti yang telah dijanjikan politik baru telah dimunculkan. Seperti yang telah dijanjikan anak semua bangsa telah melintasi garis takut. Seperti yang telah dijanjikan politik ke jalan raya sebelum ke pilihan raya telah menjadi pedoman semua. Hari hari berikut - seminggu, dua minggu mungkin satu bulan - heboh "Duduk Bantah" akan berterusan. MediaUnited Malays National Organisation akan terus memperlekeh BERSIH. Media gerombolan ini akan menetaskan pelbagai kesah penglipur lara, labun dan sastera. Laporan awal dari Utusan telah mensasterakan bagaimana para demonstran telah dibayar untuk turun ke jalan raya. Ada demonstran yang telah diupah. Ada yang telah dirasuah. Ini sebenarnya ini teknik media lama yang telah berkarat. Akhbar gerombolan Ketuanan Melayu ini tidak sedar bahawa media baru, lengok dan bunyinya telah berubah. Tetapi untuk menyenangkan kerja saya, saya menerima hakikat bahawa labun-labun media Utusan Malaysia ini adalah tepat - sahih lagi mensahihkan. Maka akan timbul pula kisah polis kena pukul, kisah polis kena lanyak, kisah polis kena pelangkung, kisah polis menyembah minta ampun kerana ditibai oleh penunjuk perasaan, kisah polis lari terkencing-kecing dikejar penunjuk perasaan. Akan timbul juga kisah penunjuk perasaan amat ganas, penunjuk perasan amat liar, penunjuk perasaan buat huru hara, penunjuk perasan baling batu dan baling botol, kisah polis cedera masuk hospital. Untuk menyenangkan kerja kita, saya sarankan marilah kita terima hakikat bahawa sastera labun dari media United Malay National Organisation ini adalah sahih lagi mensahihkan, benar lagi membenarkan, betul lagi membetulkan. Maka akan timbul pula kisah bahawa S Ambiga pengerusi nersama BERSIH ini sebenarnya bukan rakyat Malaysia. Ambiga berasal usul dari Nigeria. Nama sebenarnya Miss Wa Dunga Wa Dungu. Ambiga ini bukan sahaja orang asing malah telah dibuktikan bahawa Ambiga ini telah menerima duit dari ajen Ah Seng untuk memburuk-burukkan Raja-Raja Melayu. Tidak cukup dengan ini Ambiga ini juga telah dibuktikan sebagai pengamal seks percuma. Malah kempen Ambiga menawarkan free sex inilah yang menjadi daya tarikan utama untuk anak anak muda dari Kuala Berang turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka. Lalu saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang tidak akan berminat dengan seks percuma? Kempen seks percuma BERSIH ini cukup memberahikan. Bakal penunjuk perasaan bukan sahaja dapat seks percuma malah saya telah diberi tahu aiskrim batang pun akan diberi percuma. Justeru, untuk membereskan tugas dan kerja kita maka saya cadangkan kita terima sahajalah labun seks percuma ini sebagai sahih lagi mensahihkan Maka akan timbul pula kisah bagaimana kamera wartawan dari Al Jazeraa, Al-Bibisi, Al-Si-Ant-Ant, Al-Jazail, Al-Jalakon, Al-Mush-rikin dan Al-Ma'aunah yang telah dirampas oleh penunjuk perasaan. Bukan sahaja kamera di rampas tetapi telah dipijak-pijak. Tidak cukup dengan dipijak-pijak kamera ini juga telah dijualkan kepada Muniandy pembeli besi buruk dari Brickfields. Sekali lagi saya dengan penuh kesedaran, untuk melunaskan dan mempercepatkan tugas harian, saya telah menerima berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan. BERSIH juga difahamkan bahawa ramai polis rahsia Najib yang dikenali dengan nama As Bee telah membeli baju-T BERSIH. Lebih dari 30 orang As Bee ini telah turut sama berdemo dengan memakai baju-T berwarna kuning dengan logo BERSIH. Bijak. Memang cukup bijak. Saya juga tidak akan menolak berita As Bee ini sebenarnya menyamar sebagai penunjuk perasaan. As Bee bertugas untuk menjadi tukang kacau. As Bee jadi tukang provok. Maka kita terimalah kisah dan berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan. Saya juga tidak akan mempersoalkan tentang polis membawa kereta untuk melanggar demonstran di pinggir jalan. Atau berita tentang polis bermotosikal ke hulu ke hilir memacu motosikal besar mereka dengan ligat dan laju. Kita tak perlu bertengkar tentang ini. Saya juga dengan senang hati menerima kisah bagaimana Chegubard, YB Tian Chua, YB Eli Wong, YB Sivarasa, peguam Latifah Koya termasuk peguam minah cun yang bernama Fadiah telah sama menerobos masuk ke Dataran Merdeka. Merekabukan sahaja menerobos masuk ke Dataran Merdeka, malah mereka telah membaling kasut dan selipar kepada mata-mata yang bertugas. Kemudian kita membaca pula bagaimana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah berbisik-bisik dan berkenyit mata memberi tanda isyarat untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka. Mereka berdua ini mengikut surah labun Utusan Malaysia adalah orang jahat yang memulakan huru hara. Ini pun saya terima sebagai sahih. Ada pula berita yang melaporkan BERSIH telah dibajak oleh parti politik. Ada yang melaporkan bahawa BERSIH telah menjadi kuda tunggangan parti pembangkang. Ada berita yang melaporkan BERSIH ini ejen Pakatan Rakyat. Untuk saya semua ini adalah berita yang tepat. Untuk memudahkan kerja, saya tidak akan mempertikaikan kesemua berita-berita ini. Saya juga tidak akan menolak berita-berita ini. Saya tidak akan membangkang laporan Utusan Malaysia. Malah semua kisah-kisah ini saya anggap sahih lagi mensahihkan. Saya tak ada masalah untuk menerima, mensahihkan dan menghalalkan semua laporan berita ini. Saya tidak akan bertegang leher untuk menafikan berita ini. Saya juga tidak akan berhujah untuk membuktikan bahawa semua berita-berita ini di reka-reka untuk mengalihkan pandangan orang ramai. Direka-reka agar orang ramai benci kepada BERSIH. Saya akan terima semua berita ini dengan tangan dan zip terbuka. Hanya, saya ingin bertanya kepada pasangan Rosmah, kenapa ada rancangan hendak menipu dalam pilihan raya yang akan datang ini? Saya juga hendak bertanya, 250,000 penunjuk perasaan yang turun ke jalan raya pada hari Sabtu lalu mahu apa? Apa tuntutan mereka? Beribu-ribu anak muda yang berdemo itu apa yang mereka mahu? Beratus ribu anak muda dari kampung dan desa, dari semua pelosok negara berani ke jalan raya kerana apa? Anak-anak muda dari Kuala Berang, dari Kuala Kedah, dari Felda Chemomoi bertempur dengan FRU di Masjid Jamek kenapa? Apa yang mereka mahu? Satelah semua kisah ibu segala demo ini mengenap, pertanyaan-pertanyan di atas wajib dijawab. Soalan: Kenapa ada rancangan tersusun untuk menipu dalam PRU13 ini akan timbul kembali? Soalan kenapa gerombolan United Malays National Organisation merancang dengan menggunakan akta parlimen untuk menipu di PRU13 telah diketahui ramai. Ini bukan berita bohong. Dakwaan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kad pengenalan segera kepada pendatang asing ini juga telah di ketahui ramai. Pendatang asing ini didakwa diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Ini bukan lagi rahsia. Rancangan gerombolan United Malays National Organisation untuk menipu di kawasan-kawasan Selangor juga telah di ketahui. Beratus ribu nama pengundi telah ditambah untuk mengalahkan calon Pakatan juga diketahui. Beribu-ribu nama pengundi Pakatan Rakyat telah dialih, telah di hilangkan atau di ubah, ini juga diketahui. Justeru, setelah heboh-heboh tentang keganasan penunjuk perasaan mengenap maka soalan kenapa United Malays National Organisation merancang untuk menipu di PRU13 akan muncul kembali? Tidak dapat dielakkan. Kereta polis terbalik. Wartawan patah kaki. Azmin Ali buat kecoh. Ambiga penganut Hindu. Pak Samad jual Melayu. Dan seribu satu macam kisah-kisah penglipur lara ini tidak akan menenggelamkan satu persoalan hakiki: Kenapa United Malays National Organisation hendak menipu dalam PRU13? Pada Sabtu 28 April lalu ada 300,000, ada 250,000, ada 200,000 atau 100,000 - jumlah angka ini di jalan raya - jumlah angka tidak perlu dipertikaikan. Apa yang sahih, beratus ribu warga anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih dituntut untuk memastikan kerajaan yang wujud adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Bukan kerajaan yang naik takhta kerana penipuan dalam pilihan raya. Berkuasa bukan kerana menipu tetapi kerana sokongan ramai. Sayugia di ingatkan, seramai 2500,000 yang berdemo itu adalah tanda amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah tanda amaran dari 250 ribu warga anak semua bangsa. Amaran ini jelas bersuara: Jangan menipu dalam PRU13. Dua ratus lima puluh ribu yang berarak dari Masjid Negara, dari Jalan Sultan, dari Masjid India, dari KLCC, dari Brickfields dan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka adalah perarakan untuk memberi tanda amaran. Ini adalah tanda amaran yang menuntut agar pengundi pos dilupuskan, masa berkempen dipanjangkan, media dibebaskan dan daftar pengundi dibersihkan. United Malays National Organisation beringatlah kepada amaran dari 250,000 anak semua bangsa ini. Berwaspadalah agar amaran ini menjadi pedoman untuk membaiki diri. Kerana, jika PRU13 ini masih dijalankan dengan penuh penipuan maka bukan 250,000 warga yang akan turun ke jalan raya, berjuta juta lagi yang akan bangun. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji.

Tuesday, November 29, 2011

HINDARI KONGRES...JALANRAYA KITA PERTARUHKAN...

Sekali lagi aktivis, simpatisan, penyokong, ahli parti dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat akan berkumpul untuk berkongres. Kali ini saya difahamkam di Johor. Wilayah ini sengaja dipilih kerana Johor ialah kubu kuat musuh. Saya rasa pemilihan ini cukup tepat. Sekali sekala gerombolan musuh ini wajib diserang dari dalam bilik tidor mereka sendiri.

Kerana bukan ahli parti, saya hanya berlapang untuk mengikuti tiga kongress tahunan PKR. Tiga kongress yang saya ikuti ini adalah tiga wilayah yang berbeza tempat, berbeza iklim dan suasana politik. Di Ipoh – didalam Tok Pekong , di Kuala Lumpur di Hotel Istana dan di Kota Bahru – dalam bangunan yang indah lagi empok.

Saya juga turut serta campur ketika merancang program pelancaran pergabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003 dahulu. Pelancaran pergabungan untuk meresmi dan merayakan kelahiran Parti Keadilan Rakyat. Babak bersejarah ini dijalankan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur.

Dihari pelancaran itu saya merasakan suasananya tidak bagitu gah. Ini kerana dari pemahaman politik – saya anggap pergabungan ini adalah penggalangan barisan bersatu untuk membuka jalan ke arah Demokrasi Baru. Saya agak kecewa apabila ternampak masih banyak kerusi kosong di dalam dewan. Hari ini saya berani berkata yang datang pada hari itu adalah penyokong setia Anwar Ibrahim yang kebanyakan ialah Mak Cik Mak Cik. Mereka merasa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah telah dizalimi. Kumpulan kedua terbanyak ialah penyokong setia gerakan Reformasi Jalan Raya. Ini kerana mereka mahu meneruskan gerakan politik di jalan raya untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.

Wajib dicatitkan dalam sejarah bahawa ada dua kumpulan yang tidak bersetuju dan selesa dengan pergabungan. Kumpulan yang tidak bersetuju ini memiliki hujah politik masing-masing.

Ada kumpulan yang tidak meminati Parti Rakyat yang dianggap kiri dan merah. Ada juga yang menganggap parti Keadilan Nasional hanyalah serpihan dari gerombolan United Malay National Organisation. Malah Anwar dengan geng gerombolan United Malay National Organisation akan meninggalkan PKR bila keadaan dan suasana politik baru muncul.

Pada hemat saya , menganggap anggota Parti Keadilan Nasional sebagai serpihan gerombolan adalah fakta yang amat tepat. Menganggap Parti Rakyat memiliki lengok kiri juga agak tepat. Tetapi menuduh PRM sebagai merah agak keterlaluan. Ini samalah seperti berhujah bahawa Mawi ini sama setaraf dengan Bob Dylan. Atau menganggap Zainal Kling itu setaraf dengan Noam Chomsky. Ini anggapan yang amat meleset. Kenyataan ini bukan propaganda. Ini kenyataan bodoh.

Kemudian mari kita beralih ke Tok Pekong di Ipoh Perak. Untuk saya Kongress PKR di Ipoh ini adalah kongress yang bersejarah. Ini adalah kongress pertama sesudah pergabungan. Kongress ini amat kritikal kerana masih ada saki baki dan bengolan-bengolan yang menentang pergabungan menjalar liar didalam parti. Tungggul tunggul yang menentang pergabungan ini masih mencuba ‘ last kopek’ mereka. Di Ipoh bengolan dan tunggul-tunggul ini ditewaskan sekali lagi. PKR sesudah kongress di Ipoh dilihat semakin mantap. Di kongress ini juga Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya muncul sesudah dia dibebaskan dari penjara.

Kemudian Kongress Seremban dan di Pulau Pinang. Saya tidak ambil pot. Saya kembali mengikuti Kongress Hotel Istana di Kuala Lumpur. Kongress ini sebelum piliharaya umum 2008. Ketika ini hanya Wan Azizah seorang sahaja yang menang di Permatang Pauh – YB yang lain telah kaput. Malah ketika kongress ini dijalankan ramai juga yang telah mula menjauhkan diri dari PKR.

Saya masih ingat lagi di sesi penutup di Hotel Istana, Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pilihanraya yang akan datang ini parti akan cuba menyediakan dana untuk duit cekeram bakal calon. Ini dapat tepokan gemuruh. Yang lainnya saya tak ingat. Mungkin tidak apa yang penting lahir dari kongress ini.

Kemudian Anwar berhijrah ke Amerika. Lalu timbul kesah kesah dari Haji Desas dan Lebai Desus yang berceloteh mengatakan bahwa Anwar sebenarnya sedang menunggu masa untuk dipanggil kembali memimpin United Malay National Organisation. Ketika ini Wan Azizah bersaorangan di Parlimen. Saya perhatikan bahawa ombak jalan raya telah mundur, ombak melawan juga telah kendur malah semakin ramai yang mula mengundur diri.

Anak anak muda yang dulunya hebat di jalan telah jatuh cinta dan ingin berumah tangga. Yang telah kahwin kini menjadi ayah dan ibu. Ramai juga yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kini ingin memulakan penghidupan baru. Sayugia diingati, untuk saya mereka bukan meninggalkan perjuangan tetapi tidak lagi menjadi barisan hadapan.

Justeru, jangan silap tafsir mereka yang mengundur ini bukan seperti watak yang lari dengan kotak-kotak. Atau yang lari kerana kurang kaseh sayang. Yang lari dengan kota-kotak ini adalah langau dan lalat. Mereka keluar berbondong-bondong meninggalkan PKR untuk kembali berkumpul menghidu taik dan bangkai dengan harapan mendapat projek dan kontrek.


Kemudian Anwar Ibrahim pulang dari Amerika untuk aktif sekali lagi. Anwar Ibrahim yang telah bebas semenjak 2003 kini telah menjadi propagandis yang ampuh untuk PKR. Ceramah dan rapat-rapat Anwar dikatakan sebagai lautan manusia. Dimana sahaja Anwar berceramah beribu-ribu warga datang mendengar. Ini ‘hadis-hadis ‘ yang saya dengar tentang Anwar Ibrahim dari Tok Perawi yang saya anggap berat sebelah.

Untuk mensahehkan ‘hadis’ ini saya telah pergi melihat satu ceramah Anwar di Telok Intan. Pada malam itu saya melihat lebih dari 15 ribu warga telah turun mendengar ceramah Anwar. Ceramah malam itu cukup hebat. Bukan orang Melayu sahaja yang datang. Ada dua tiga kerat Apek berseluar pendek dan Amoi cun kelihatan dalam padang ceramah. Untuk saya ini adalah pertanda baik. Ombak rakyat telah mula bergelora sekali lagi walau pun tidak sehebat zaman Reformasi. Saya tersenyum puas kerana Anwar Ibrahim telah menghuru harakan kestabilan katil empok United Malay National Organisation.

Semakin dekat pilihanraya semakin kuat ombak rakyat. Saya mula melihat bahawa satu ledakan akan berlaku. Kali terakhir sebelum PRU12 saya telah datang ke satu ceramah Anwar di Badar Tun Razak. Di ceramah ini untuk pertama kalinya saya melihat kehadiran warga China dan India dalam ceramah dengan ramai.

Betul. Tepat. PR12 teklah membawa ledakan. Justeru saya memaksa diri untuk wajib hadir di Kongres PKR di Kota Bahru. Saya ingin merakam susana PKR sesudah PRU12. Saheh – saya katakan kongress di Kota Bahru ini adalah kongress kemenangan. Saya melihat muka muka lama muncul kembali. Saya tak sangka rupa-rupa ramai juga Datuk Datuk ori dan Datuk Datuk beli yang mula merapati PKR. Di Kota Bahru saya mula melihat jantan gemok berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang semakin ramai datang. Saya juga mula melihat muka-muka ‘towkay’ dan ‘bakal towkay’ bersiar-siar menunjukkan muka dan bersalaman seperti mereka baru pulang dari Mekah.

Saya minta maaf kalau apa yang saya tulis ini agak sinis. Tetapi lebih baik saya menulis dengan jujur. Seribu tahun dari hari ini anak cucu ciit kita akan melihat kembali jalur pensejarahan kita sesama kita. Cuci cicit kita akan menilai dimana kita betul dan dimana kita salah. Ini untuk tauladan atau sempadan buat mereka

Ingin saya ingatkan untuk yang akan dan sedang berkongress di Johor bahawa jangan sesekali lupa bahawa PKR memiliki tradisi politik jalan raya. Sejarah Parti Keadilan Rakyat adalah sejarah jalan raya . Parti Keadilan Rakyat bunting, lahir dan dibidani diatas jalan raya. Malah disini ingin saya ingatkan bahawa kemenangan pada 8 March 2008 dahulu adalah hasil gerakan dan ombak jalan raya.

Jangan lupa sebelum PRU 12 – para peguam telah turun ke jalan raya. Jangan lupa sebelum PRU 12 Bersih telah turun ke jalan raya. Dan ombak yang paling besar ialah ombak jalan raya yang dibawa oleh Hindraf. Ombak-ombak inilah yang menenggelamkam hegemoni United Malay National Organisation pada PRU12.

Untuk mereka yang kurang arif dalam politik jalan raya biar saya beri kuliah pendek disini. Politik jalan raya ini adalah politik yang paling demokratik. Hanya jalan raya sahaja yang berkeupayaan membuka ruang demokrasi untuk pengdemokrasian yang lebih kuas . Revolusi Peranchis 1789 dibuka dengan politik jalan raya. Revolusi Amerika 1776 mengembang melalui politik jalan raya. Revolusi Bolshevik 1917, Revolusi Tiongkok 1949, Revolusi Iran 1979 – adalah contoh dimana jalan raya telah membuka ruang demokrasi.

Kali ini Kongress PKR di Johor pasti akan menjadi besi berani yang akan menarik datang segala macam jenis manusia dan orang. Segala jenis macam doktor dan bomoh. Dari Doktor Batu, ke Doktor Kambing dan Doktor Ayam yang akan datang berkongress. Kongress ini juga ialah masa terbaik untuk jantan berperut gendut dengan batik lengan panjang untuk mencium tangan pemimpin dengan harapan akan mendapat kerusi pencalonan. Di kongress ini juga akan dilihat Pak Angguk dan Pak Bodek bermain sandiwara untuk dilihat bijak dan pandai.

Saya berani berkata sedemikian – bukan kerana saya ingin membuat onar – atau saya berkempen untuk menjadi calon di Gombak. Saya berkata sedemikian kerana saya telah melihat tiga bulan kebelakangan ini dibeberapa forum terbuka telah mula dihadiri oleh muka yang ‘bukan-bukan’ terutama jika ada pemimpin parti hadir sama. Muka yang ‘bukan-bukan’ ini ada yang datang dengan baju batik berlengan panjang dan ada yang berjaket dan berdasi. Malah muka yang ‘bukan-bukan’ ini telah bangun menunjukkan diri dengan ‘soalan yang bukan-bukan’ juga.

Saya menjadi tidak jujur kalau saya juga tidak menulis bahawa kongres di Johor ini nanti akan memperlihatkan satu lagi fenomena baru. Fenomena yang saya maksudkan ini ialah fenomena ‘ganjil’ anak anak muda. Kalau di zaman Reformasi dahulu cita-cita dan akidah pejuangan anak muda ialah membuat apa sahaja usaha untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.

Kali ini – dari pemerhatian saya - telah muncul beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang menyediakan diri untuk dipilih menjadi calon. Saya perhatikan mereka sedang berusaha membuat apa sahaja – termasuk membodek dan tidak berani bercakap benar – asalkan dapat menjadi calon. Jika anak anak muda mula dibungkus dengan budaya ‘ingin jadi yb’ sebagai matlamat perjuangan maka menegak keadilan hanya retorik. Jika ini menjadi budaya – sekali lagi Anwar masuk penjara mungkin ada hikmahnya.

Selamat berkongress bg anak-anak muda penyapu dan bersedia ke jalanraya bagi anak-anak muda pembela bangsa.....

JANGAN TERKOTEK-KOTEK ANAK MUDA

anak anak muda
akhirnya dunia ini adalah milik kamu


anak anak muda bersedia
anak anak muda sedarlah
kapitalis antarabangsa sedang merancang
kaum pemodal sedang merancang
orang orang kaya sedang merancang
towkay towkay sedang merancang
untuk memastikan harta kekayaan mereka terselamat

di mesir anak anak muda telah bangun kembali
anak anak muda melawan rejim tentera
anak anak muda mahukan pilihan raya adil
anak anak muda tidak mahu ditipu lagi
anak anak muda tidak mahu pengundi hantu
anak anak muda tidak mahu undi pos
anak anak muda tidak mahu undi tentera
lalu aku sampikan berita sedih
berita perjuangan anak anak muda mesir

di dataran tahrir 33 orang anak muda telah gugur angka terus meningkat
di dataran tahrir kemah dan demo masih berterusan
di dataran tahrir anak anak muda masih berkumpul
di dataran tahrir kini masuk ke minggu ke dua
di dataran tahrir perjunagn akan diteruskan

anak anak muda di amerika telah bangun ke jalan raya
they no longer take the shit dari coca cola dan pepsi cola
anak anak muda sedang melawan untuk menewaskan kaum pemodal
telah hampir 4 bulan anak anak muda ke jalan raya
anak muda kini menentang kubu kuat kapitalisma
anak anak muda sedang mengepong wall street

new york seattle chicago boston los angles
anak anak muda sedang berkumpul
dengarkan tempikan anak anak muda
di london paris milan tel aviv lisboa roma athens
semua turun ke jalan raya
mengoncang sistem kapitalis yang ada

anak anak muda
akhirnya dunia ini milik kamu

di kuala lumpur rejim yang ganas sedang merancang
di kuala lumpur undang undang baru akan di luluskan
di kuala lumpur ruang demokrasi makin di sempitkan
semuanya bertujuan untuk memastikan
united malay national organisation terus berkuasa
semua ini untuk memastikan vincent tan ananda daim lim goh tong
syed mokhtar yeoh tong lai freddy fenandez mukzani terus kaya
terus kita dijadikan hamba

anak anak muda
jika kamu membaca tulisan ini
kamu ada lah sebahagian dari arus perubahan
anak anak muda
jika kamu membaca tulisan ini
kamu ada di barisan hadapan mencanai fikrah

anak anak muda
di hadapan kamu ialah kapitalisma
di hadapan kamu ialah penindas
di hadapan kamu ialah kezaliman

anak anak muda yakinlah
masa depan malaysia di tangan kamu
anak anak muda yakinlah
dunia ini akhirnya milik kamu!

anak-anak muda..
bangun la kamu..
dari kamu terkotek-kotek suatu hari nanti...

Thursday, July 28, 2011

NAKBA DAN MALAPETAKA

Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera.

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

>>>terima kasih (TT)

Monday, July 25, 2011

peludah warna...

kuasa gusar kini menggelegak murka..
warna kuning di istihar racun terbisa..

di ragutnya baju T segeram tenaga..
dan di umum itu lah busana bahaya,,

tapi,kita jahit semula perca kain..
menjadikannya panji indah dan tulen.
warna ku ning yang teramat indah dan syahdu..
kita kembalikan damai ke dalam qalbu..

kini cahaya mentari mungkin di rampas,,
dan sinar kuningnya juga mungkin di cantas..
memamng lah mereka kini peludah warna..
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya...

kerana nikmat amat lama berkuasa..
kuasa pun seolah menjadi hartanya,,,

UNNGUN BERSIH

semakin lara kita di dera bara
kita laungkan juga pesan merdeka
demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri

lama resah kita-demokrasi lara
lama duka kita-demokrasi luka
demokrasi yang angkuh kita cemuh
suara bebas yang utuh kita idami..

dua abad lalu...SAM ADAMS berseru
(di boston di jirus teh ke laut biru)

tak perlu gempita sorak yang gebu
di perlu hanya unggun api yang syahdu..

;">KINI MENYALA LAH UNGGUN SAKTI ITU
KINI MEREBAK LAH NYALA UNGGUN ITU....

Saturday, August 7, 2010

Di manakah kamu ketika itu..

satu masa..25 tahun yang lalu...anak-anak kecil di FELDA seperti aku seawal 5 pagi telah bersiap sedia ke sekolah..meredah kabus pagi,meredah tanah merah sudah menjadi kebiasaan..dengan jarak sekolah yang ketika itu jauh dari penempatan kami..perit perjalanan sebuah kehidupan kami ketika itu..

masih aku ingat..satu pagi ketika hendak ke sekolah..hujan lebat bertalu-talu tak henti mencurah..aku menyuara kan hasrat pada abah aku yang aku tetap hendak ke sekolah juga..kasut ku yang lusuh di masukkan ke dalam beg..abah sediakan plastik buat menutup tubuhku supaya baju tidak basah..sedangkan abah sendiri basah lenjun..betapa jiwa dan nurani seorang ayah ingin membesarkan anaknya..

kini..setelah 25 tahun berlalu...aku lihat adik ku yang bongsu ke sekolah menaiki motor sendiri..lagaknya seperti orang yang sudah bekerja..sungguh jauh beza dizaman aku dahulu..hati ini tersentak..terfikir apakah nasib dirinya akan datang..tersentak mengenangkan apakah nasib-nasib anak bangsaku..

tapi ape jadi dengan anak bangsaku sekarang??

sedih..anak-anak bangsuku kini sedang bergelut dengan tekanan dari dalam diri dan hasrat dari pemerintah yang zalim pada bangsanya sendiri..bahasa ibundanya di pinggirkan setelah berpuluh-puluh tahun di agung dan di letak di kedudukan yang amat mulia..bahasa warisan nenek moyang..bahasa yang menjadikan kita bangsa yang penuh adab dan sopan santun..

kini..bahasa penjajah..bahasa asing di martabatkan kedudukannya di sekolah-sekolah..kenapa bahasa ni yang kau agong-agongkan wahai si pemerintah?pemerintah yang sebangsa denganku..siapa jadi mangsa??tak lain tak bukan..anak2 bangsa aku sendiri yang berada didesa dan di kampung2.terkial-kial mereka belajar menggunakan bahasa penjajah itu...keharmonian sebuah keluarga di desa di goncang oleh pemerintah..anak2 desa hilang arah..hilang petunjuk..terencat pembelajarannya..mereka jadi bahan uji kaji si pemerintah yang pelupa..

memang mudah si pemerintah membuat dasar tanpa mengkaji baik buruknya dengan teliti..bayangkan..abah ku yang hanya bersekolah rendah sahaja..menyebut perkataan di dalam bahasa inggeris pun susah..inikan pula mau mengajar anaknya pelajaran sains dan matematik dalam bahasa english yang banyak membawa sial dalam negara kita ini..bersusah payah si ayah menghantar anak ke kelas tambahan yang semestinya di kenakan bayaran..betambah kos kehidupan manusia-manusia di desa dan di kampung-kampung..sudah la dengan pendapatan yang tak seberapa..tapi demi masa depan anak-anaknya..tenaga terpaksa di kerah untuk mencari rezeki bagi menambah kos kehidupan..

cukup la dahulu kita dijajah mereka..mengapa sekarang bahasa penjajah ini yang di angkat martabatnya??apakah kamu malu untuk menggunakan bahasa ibunda kamu sendiri wahai si pemerintah?

nasib anak-anak desa tidak seperti anak-anak kamu yang berada di bandar..anak-anak kamu sudah hilang nilai-nilai bangsanya sendiri..anak-anak kamu memang sudah di sebatikan diri mereka dengan budaya dan bahasa penjajah ini..wang ringgit bukan masalah bagi kamu..tapi ape akan jadi pada anak-anak desa ini..kamu bukan menghancurkan bangsa ibunda kamu sendiri..tapi tanpa kamu sedari kamu juga telah menghancurkan masa depan mereka..

dengar lah wahai si pemerintah..setiap hari kamu laungkan ketuanan melayu..bangsa melayu..tahu atau sedarkah apa yang kamu laungkan itu??tatkala kamu laungkan itu..jangan lah kamu lupa akan diri kamu itu sendiri..jangan kamu lupa suatu hari nanti..andai anak-anak desa ini hidop merempat di bumi sendiri..

mereka akan bertanya kepada kamu..di manakah kamu ketika itu si pemerintah yang di pertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat bangsu mu sendiri..