Thursday, April 15, 2010

melayu itu...

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu
lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.


Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.


Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam
kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.


Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.


Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.


Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.


Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.


Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.


Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah .


Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi.


p/s:cetusan idea dari sahabat dan saudara seprjuanganku,,,saudara TT

Tuesday, April 13, 2010

semalam...tetap indah..

hayunan kaki lemah lentok seperti lalang-lalang liar di hembus bayu petang..namun langkah demi langkah di tapak ke arah hajat di hati..sayup di hadapan sebatang sungai melintang memutuskan hubungan antara dua kampung..

jauh juga aku kena menapak ni..dengan semangat juang seorang perwira bangsa..aku gagahi..sedar tak sedar sungai yang tadi sayup dari pandangan mata terhampar luas di depan mata..sedih yang menghentak jiwa aku menghilangkan seketika penat aku berjalan melihat tadi melihat sungai yang dicemari sampah oleh makhluk berkaki dua yang lengkap dengan akal dan fikiran..mungkin penghuni penghuni didalamnya terasa sakit,kecewa kerana akal dan fikiran tidak selari dengan jasad yang di cipta..

sampai aku di tempat yang dituju..kelihatan pondok-pondok usang berbumbungkan nipah,bertiang tinggi,belrlantaikan buloh seolah-olah tidak mampu menampung penghuninya berterabur disana sini..anak-anak kecil berlari-lari riang di laman pondok..terhenti keriangan mereka ketika melihat aku yang mungkin asing dan mungkin tetamu yang tak diundang bertandang..

asing kah aku ini dimata mereka??sehinggakan anak-anak kecil ini membontoti setiap langkah aku..jasad,akal fikiran seakan kelihatan sama..namun aku percaya..kapitalis-kapitalis yang mendakwa diri mereka moden lah yang menjauh jurang perbezaan antara aku dan mereka..persetan kapitalis..

senyum terpancar di wajah seorang lelaki yang sebaya umur dengan abahku bersidai di beranda salah sebuah pondok usang tersebut melegakan perasaan cuak aku...senyumannya cukup manis dan cukup ikhlas..namun senyuman itu sedikit tercalar bila melihatkan susunan gigi yang tidak mencukupi..hahahahhah..terus aku mendapatkannya dan kuhulurkan tangan dan secara serentak muka aku juga menuruti lalu sekandang ciuman aku hinggap ke tangannya..

berbual la aku dengan penuh mesra sambil dikerumuni anak-anak kecil di gigi tangga..otak dan minda aku harus di gunakan 100% kerana loghat melayu yang dituturkan agak janggal dan asing bagi aku..aku berbual panjang seolah-olah kami sudah kenal lama..lalu aku meminta izin untuk bermalam di pondoknya untuk semalaman tanpa rasa bersalah..."malu aku ni kalau pakcik ni tak bagi aku menumpang di pondoknya..nak jalan balik ke hotel amat jauh..harap-harap la dia bagi"...

yes..aku dibenarkan menumpang di pondoknya untuk semalaman..begitu murni dan bersih hati dan jiwa pakcik ini jika di bandingkan dengan pakcik-pakcik yang menetap di sekitar bukit-bukit dan kondominium mewah di ibukota..ini la dunia ciptaan dan kehendak para kapitalis..mengejar kemewahan tanpa mengenal masa,kawan atau musuh..anak-anak yang sedang membesar dan sepatutnya diberi kasih sayang diberi kemewahan membabi buta sehingga rosak kehidupannya..

tertanya-tanya?dimana aku ni?hahahahaah..aku di sebuah kampung orang asal di sekitar ULU TEMBELING TAMAN NEGARA..melarikan diri seketika dari kota yang semak,sesak..menceduk sebanyak mungkin semangat dan udara segar disini..

bayang-bayang bergoyang-goyang bila cahaya dari lampu minyak tanah yang menerangi kami menjamu selera ditiup angin..sedikit nasi dan berlaukkan ikan sungai goreng garing cukup buat menaik kan nafsuku..biarkan roboh pondok usang itu sekali pun..namun meninggalkannya tidak sama sekali..nasib baik makcik ni pandai goreng ikan sungai..kalu dia tak goreng garing alamat tercekik tulang la aku..kena pulak ikan lampam dan sebarau,uiii mak aii..tulang dia bersepah-sepah dalam daging..tak percaya tanya mak korang..hahahhha..

masa begitu cepat berlalu..malam sudah menghampiri pagi..lalu aku sumbatkan batang tubuhku kedalam "SLEEPING BEG" buat menahan dingin malam..sedar tak sedar lama juga aku berbual dengan si pakcik makcik ni tadii..patut la air liur aku macam kekeringan..macam-macam minyak aku jual pada mereka..hahahahha..bertukar kisah kehidupan,kesedihan,kegembiraan..mata ku tutup rapat namun hati dan fikiran aku terbuka luas melayang memikirkan kisah-kisah kehidupan..melayang-layang tinggi hingga lenyap di makan si tidur yang iri hati..

awal subuh..mengerahkan semangat yang ada untuk sujud kepadanya..menadah tangan..memuji dan memanjang kesyukuran diberi nikmat kehidupan ini lagi olehnya..melihat diriku begitu kerdil dalam kehidupan ini..seperti dijangka..cecair jernih keinsafan mengalir di kelopak mata.. aku biarkan mengalir sederas mana yang boleh tanpa disekat-sekat..

fajar sudah mula memberanikan diri muncul di celah-celah banjaran titiwangsa..menyimbah cahaya ke pelusuk kampong..akhirnya..saat-saat yang aku paling benci akhirnya sampai jua..pakcik dan kampong ini harus ku tinggalkan..lambaian tangan aku disambut senyum mereka..senyuman yang sama ketika kaki aku mula-mula berpijak di tanah kampong ini..yang pasti..barisan gigi pakcik yang berkurangan itu tetap tidak berubah..hahahhaha..suatu hari nanti aku akan kesini lagi melihat dan menyaksikan kehebatan insan-insan yang tidak beharta mengharungi kehidupan yang indah dan damai..

aku tinggalkan daerah tembeling ini..semalam hanya tingal kenangan..kenangan bertugu didalam jiwa seketika.. kenangan akan hilang bila yang maha e-sa menjemput pulang..doa ku panjangkan moga kampong ini dikekalkan kedamaiannya..jangan digangu-gugat penghuninya..biar kan mereka mengecapi anugerah yang tak terhingga ini selamanya..

kereta ku pandu laju menuju pulang ke kota moetropolitan..penipuan dan penindasan tak jemu-jemu menanti aku disana..sandiwara bermaharaja lela..

aku akan terus mencari...mecari kedamaian sebuah kehidupan yang masih belum aku temui titik permulaannya..