Friday, February 5, 2010

bandar maharani..

semalam aku dibumi maharani..tempat leman,mahmud,majid dan rakan-rakan mengangkat senjata menentang pengganas yang mengancam kedaulatan negara.,di bumi ini jua mamat menghembuskan nafas terakhir.gugurnya seperti kuntuman bunga yang mewangi bangi negara tercinta..

mereka ini seperti diperalatkan oleh manusia tinggi lampai berhidung mancung,bekulit cerah bernama SMITH untuk menjaga kepentingan mereka dan mencuri harta dan hasil negara sebanyak mungkin.nyawa-nyawa mereka jadi taruhan antara negara dan penjajah.

sewaktu aku menjejakkan kaki ke bandar maharani ini..terdampar indah sungai yang mengalir sayu dan lesu seperti hati dan perasaan leman ketika melihat mamat rebah..kereta yang aku pandu menyusur laju menuju arah yang aku tujui..

BAKRI..nama tmpat yang ku cari-cari terpampang besau papan tanda di depan mata..disan seperti yang dijanji.bertemu la dengan YAP..tokeh nursery..gaya nye lemah lembut..sopan santun nye tinggi berbanding manusia-manusia yang suka tinggal di bukit-bukit mewah sekitar ibu kota..

berlegar-legar aku dan YAP di dalam kebun pokok-pokok hiasan dan dipinggir kebun getah usang..fikiran melayang seketika teringatkan kembali leman dan sahabat-sahabat..bergelap di dalam kebun getah mengumpan nyamuk dan pacat..macamana la keaadaan mereka waktu itu..mungkin dengan ketabahan dan semangat bergelora untuk negara sahaja yang dapat menepis keperitan waktu itu..

arrrgghhh..penat aku berjalan di ladang..aku menyuarakan hasrat untuk pulang pada YAP setelah ape yang di cari sudah kutemui..sewaktu perjalan keluar dari ladang..aku ternampak sebuah kilang memproses getah,mata aku di tarik-tarik untuk melihat..adoh...sedih..sayu..

terlihat la seorang anak tionghua cacat fizikal..mengeliatkan tubuh,mencangkong membelek-belek getah tang telah dikepingkan..tulangnye seakan-akan tidak besendi..timbul rasa insaf dalam diri..lalau ku berhentikan kereta dan terus mendapatkannya..

bersalaman la aku tanpa segan silu dengannya..pertuturannya sukar utk di fahami.yang pasti dia berkerja disitu mencari rezeki buat menampung tubuh yang keras dan kekejangan itu..lalu aku hulurkan sekeping kertas yang dicetak berkilat kepadanya..cepat-cepat aku beredar kerana tidak sanggup melihat dengan lebih lama..

kereta terus ku pecut menuju pulang ke kota..bandar maharani kutinggalkan dalam misteri yang penuh misteri seperti sejarah yang tak dapat di pastikan..yang tahu hanya leman dan rakan-rakan seperjuangan..

kedamaian sebuah kehidupan yang masih belum kutemui titik permulaannya..