tahun berganti tahun..mahu tak mahu kita wajib lalui selagi dianugerahkan nyawa dari maha pencipta..masing-masing mengharapkan setiap tahun ada perubahan dan kemajuan dalam kehidupan..tiada yang mahu kehancuran..
apa yang aku cari ni??mengapa perlu di cari?bertahun-tahun mencari tanpa arah yang pasti..dari segenap lapisan masyarakat aku menyelami..pelbagai jenis sahabat handai yang aku sahabati..namun tak berjumpa juga jawapan..
melihat yang ketawa..menangis..berduka lara..sedih..sudah biasa bagi aku..mengenal erti sebuah kehidupan tidak la se perit dan pedih seperti belajar di pusat pengajian..sangat mudah belajar dari jalanan..ilmu dari jalanan lebih berguna dan boleh dibawa menempuhi kehidupan mendatang dari segulung ijazah..
aku akan terus menjejaki arus jalanan ini mencari sesuatu yang selama ini aku cari..akan ku pastikan langkah aku segagah perwira di medan perang untuk terus mencari erti kedamaian sebuah kehidupan..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
3 years ago
